ForGiVe AnD ForGeT !!
Semasa berada didalam darjah 6, saya seringkali dibuli oleh kawan bersama dengan geng-gengnya sekali. Selepas sahaja balik dari sekolah, mereka sudah bersengkol untuk merompak sesuatu daripada saya iaitu susu sekolah. Saya jarang minum susu yang diberikan oleh pihak sekolah semasa rehat , saya akan simpan di beg kecil untuk dibawa ke rumah.
Saya masih ingat peristiwa itu sebab tidak mungkin akan luput daripada ingatan saya semua penindasan dan ketidakadilan yang dilakukan oleh kawan-kawan (Pelajar samseng) saya semasa di sekolah. Memang terlalu susah mengampuni mereka sebab tidak tahu apa maksudnya forget and forgive. (dulu)
Membalas dendam merupakan satu niat individu yang mementingkan kepuasan. Puas! Puas! Puas! Hanya tambah satu huruf akan menjadi puas-a (puasa). Jadi, puasa tidak bererti kalau tiada kepuasan untuk melakukan forgive dan forget.
Bukan senang melakukan forgive dan forget. Kalau dituntut untuk membenci seseorang, maka tiada lagi wujud forget dan forgive. Kalau tidak tahu bagaimana melakukannya, adakan satu upacara besar-besaran yang dinamakan tarian forgive dan forget diringi dengan nyanyian burung punai.
Benci lawannya forgive. Si benci tak suka forgive, begitu juga sebaliknya. Forgive selalu mengumpul sesuatu yang membuatkan orang selesa dan sentiasa berfikiran aman. Forget bukan satu penyakit mudah lupa tetapi satu kesihatan untuk melakukan forgive. (Bergantunglah bagaimana pengertian seseorang individu mengenainya)
Penyakit mudah lupa akan wujud apabila tidak mahu forget dan forget berjalan bersama. Menghindari atau cuba untuk berselindung di sebalik fakta.
Seandainya forget ini tidak dapat dilaksanakan, bersedialah untuk berjumpa doktor dan buat satu pertemuan. Jangan lupa beritahu doktor supaya dia dapat menyediakan satu bilik khas atau kelas pertama untuk kita yang berpenyakit. Forgive tidak boleh berjalan seorang diri. Kalau forgive berjalan seorang diri tanpa forget, dia akan berjalan miring.
Forgive tidak sama dengan orang yang suka menghormati orang lain. Forgive ialah satu cara terbaik untuk memberikan ruang kepada orang lain memenuhi impiannya sendiri. Kalau forgive berjalan dan akhirnya dia akan berjumpa dengan ketam dan berkata, hai! Kita serupa!!!
Seorang yang ikhlas, akan bersedia memaafkan segalanya dan biasa disertai dengan tangisan. (Tidak semestinya).Membunuh, memarahi atau menghancurkan boleh menengelamkan forgive dan forget.
Memakai pakaian halus yang boleh menghasilkan aroma forgive dan forget tidak dijamin dapat memberikan keputusan yang baik untuk meneguhkan kepercayaan. Kalau benda ini tidak ada didalam kepercayaan hidup kita, sudah tentu memberikan peluang kepada ahli saintis untuk bekerja keras mencari ubatnya.
Tetapi kalau ahli saintis sudah terlibat dalam hal kecil seperti ini, maka kita pasti akan mengigau setiap malam atau berteriak seperti harimau bintang sambil mencari mangsa. (Apakah yang dapat kita ertikan dengan harimau bintang dan sifat-sifatnya ?)
Cerita forgive dan forget sama seperti seekor bangau yang kurus yang tidak makan selama 3 hari. Apabila di Tanya mengapa tidak makan, dia kata “rumput sangat panjang”. Dan dipendekkan cerita, apabila bertanya kepada ular, mengapa dia mesti makan katak, sebab ular tahu, dia makan katak bukan disebabkan katak sedap tetapi itu adalah makan ruji sang ular.
Saya teringin melihat bangau gemuk tapi bangau tidak pernah gemuk-gemuk. Mungkin disebabkan rumput sangat panjang, yang menyebabkan ikan tidak timbul lagi
"Yang Baek Semua Dari Dia"
"Yang Kurang Diriku Jua"
.:-By Am ScanDeLiCiouS™-:.
Tuesday, January 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment