Tuesday, January 13, 2009

ForGiVe SenanG, ForGeT Susah..Kenapa???

Benda basic je ni.. segala perasaan adalah ciptaan Allah ... yang dikurniakan Allah.. untuk menguji dan melalaikan manusia dari matlamat sebenar diciptakan. cinta atau lawannya benci dan segala jenis perasaan... kita sendiri yang perlu bawa segala perasaan itu ke arah kebaikan akhirat. contohnya hadir iri atau dengki.. maka perasaan itu perlu digunakan dengan betul... bukan sebagai motivasi merosakkan orang yang didengki. tapi digunakan untuk meransang semangat untuk menjadi lebih baik dan meredhoi kekurangan diri. Jangan salah guna perasaan yang dikurniakan Allah seperti mana Iblis melayan perasaan ciptaan Allah pada dirinya.

Begitu juga perasaan cinta... bukanlah untuk merosak diri tapi untuk sebagai bukti kekuasaan Allah yang memiliki hati hati kita ini. bukan juga sebagai alasan menunaikan bisikan-bisikan syaitan yang mengajak kepada kemaksiatan dan kerosakan pada diri. Gunakan rasa cinta pada makhluk ini. kearah jalan-jalan diredhoi belajar meredhoi juga jika tiada rasa cinta yang sama dari insan yang dicintai. melaluinya juga tingkatkan ibadat tawadhuk pada Allah melalui jalan solat(spt mana statement dan sabar. Jangan ada sifat angkuh sebagaimana Syaitan/Iblis yang tidak redho atas segala ketentuanNya.. seterusnya melakukan perkara-perkara maksiat yang merosak diri.

Jangan juga melarikan diri dari semua masalah dengan tindakan seperti mencari alternatif lain seperti dadah atau apa-apa tindakan yang kononnya menyibukkan diri dan meletihkan diri. Ikutlah panduan dari AlQur'an dan Asunnah dalam setiap tindakan. Dirikan Islam dalam diri.

Yang pasti terjadi hanya mati... Yang lain tu entah belum tau jadi ke tidak. Dan Mati itu tidak menjemput hanya ketika tua sahaja... ingati mati selalu... bersendirian tiada segala perasaan lagi. yang tinggal hanya amalan amalan kebajikan kita yang wujud melalui tindakbalas yang betul terhadap segala permainan perasaan semasa kita hidup di dunia.

Begitulah perasaan ciptaan Allah ke atas diri kita


"YanG Benar Semua Dari Dia"
"YanG Kurang Diriku Jua"
.:-Am ScanDeLiCiouS™-:.

No comments:

Post a Comment