Mengapa Senang Untuk Memaafkan Tapi Sukar Bila Hendak Melupakan??
Maaf? Perkataan itu memang mudah dilafazkan tetapi amat sukar dilafazkan dengan hati yang ikhlas. Setelah berasa sakit hati kerana dibohongi, setelah rasa sakit hati kerana dikhianati, sesiapa sahaja pun tidak berasa mudah untuk memaafkan. Dalam bahasa Arab, maaf diungkapkan dengan kata al-'afwu. Kata al-'afwu, bererti terhapus atau menghapus. Jadi, memaafkan membawa pengertian menghapus luka atau bekas-bekas luka yang terdapat dalam hati.
Allah S.W.T telah berfirman, ''Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang baik, serta berpalinglah dari orang yang bodoh.''
Sikap pemaaf dikatakan jauh lebih baik dari sedekah yang diberikan dengan diiringi ucapan atau sikap yang menyakitkan bagi orang yang menerimanya seperti ALLAH S.W.T berfirman, ''Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima). ALLAH Maha Kaya lagi Maha Penyantun.''
Seorang Muslim bukan hanya dituntut memberikan maaf. Ia juga diperintahkan berbuat baik kepada orang yang pernah berbuat salah kepadanya. Mereka yang mampu berbuat demikian mendapat kedudukan tinggi, pujian dan pahala yang baik daripada Allah SWT. Firman Allah SWT, ''Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang serupa, maka barang siapa memaafkan dan berbuat baik maka pahalanya atas (tanggungan) ALLAH. Sesungguhnya DIA tidak menyukai orang-orang yang zalim.'' (QS 42: 40).
Walau bukan mudah kita manusia yang lemah ini mahu memberi maaf, tetapi kemaafan walaupun terlalu sukar dan payah adalah sesuatu yang terlalu indah. Indah bukan sahaja dari segi ganjaran yang telah dijanjikan ALLAH, tetapi indah kerana hati yang bersih dan mudah memaafkan. Sesungguhnya, kemaafan adalah dendam yang terindah.
Macam Mana PuLaK KaLaU Nak LuPeKaN SeSeoranG TuH??
Pertama, Cmner nk lupakan? Tak perlu lupakan, biarkan memori itu tetap memori sbg sifat kemanusiaan kita. (trust me)
Kedua, Ask yourself. Untuk Apa anda hidup? Adakah seperti lagu kumpulan DEWA: Aku sedang ingin bercinta, karena? Lagu ini ada benarnya juga dlm rangkap;
Setiap ada kamu
mengapa jantungku ini
berdetak lebih kencang
seperti genderang mau perang
Setiap ada kamu
mengapa darahku mengalir lebih cepat
Dari ujung kaki ke ujung kepala
Iya, begitulah naluri manusia. sifat ketertarikan sesama lawan jenis adalah perkara normal. Tapi haruskah dgn cara-cara bercouple? berkhalwat? atau berzina? (Nau'dzubillah Min Dzalik - kita berlindung kpd Allah dr hal-hal demikian). Sebab itulah, jika pemikiran dan persaan tersebut terus dilarutkan dgn mabuk kasmaran ia akan berlanjutan spt dlm rangkap lagu itu seterusnya. Dengarkan:
Setiap ada kamu
Otakku berpikir
Bagaimana caranya
untuk berdua bersama kamu
Ya, berfikir dan terus berfikir. Bagaimana cara utk berdua bersama! Apakah cara tersebut? Mula-mula ber-sms, calling, berjumpa, berjalan berdua, duduk berdua, tidur berdua, Opps! Itulah jalan zina. Dari mata turun ke hati, lalu jatuh hati, sampai nak mati.
Ketiga, sebab itulah kita sbg seorang mukmin (org beriman) harus tahu bahawasanya kita hidup di dunia adalah semata-mata utk mengabdi kpd Allah. Fahami islam dan inti ajarannya. Isi dan kulit. Luar dan dalam. InsyaAllah, kita bakal meraih cinta hakiki dan sejati.
Persoalannya mungkin anda mengatakan, saya hanya pandai mengomel doang (membebel je), tanpa pernah mengalaminya. Tak penting sy nk mengatakan sy mengalami atau tidak, kerana yg pnting adalah salah atau benarnya apa yg sy cuba sampaikan. Sekadar berkongsi.
"YanG Baek Semua Dari Dia"
"YanG Kurang Dari Diriku Ini"
.:-By Am ScanDeLiCiouS™-:.
Tuesday, January 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment